Mencari Jaringan

Dalam apa-apa usaha yang hendak dibuat, mempunyai jaringan yang baik sangat membantu untuk aku berjaya. Jadi sekarang, aku dalam usaha untuk mencari affiliate network yang bagus untuk aku terlibat.

Adalah beberapa affiliate network yang aku jumpa. Aku masih belum buat keputusan nak sertai yang mana satu dahulu. Ringkasnya, setiap affiliate network yang aku baca meletakkan syarat mempunyai laman web sendiri kepada sesiapa yang mahu bekerjasama.

Pendek kata, aku nak kena buat laman web dululah. Alamak!, tak bolehlah aku guna konabareng.wordpress.com sebab ini laman web percuma. Kena guna laman web yang aku miliki domainnya. Konabareng.com baru boleh. Nak kena bayar bulanan pula. Kena keluarkan kos pula. kos kos kos. Yelahkan, “spend money to make money“. Hmmm….

Penting

Affiliate network ini penting sebab kebanyakan jenama menggunakan khidmat mereka untuk memasarkan produk. Ini macam marketplace-lah, tapi untuk menjalinkan kerjasama antara pemilik jenama dengan tukang jual macam blogger, youtuber, influencer dan macam-macam lagilah.

Aku, dalam kategori blogger. Dalam affiliate network ni ada pelbagai kategori produk yang boleh dipasarkan. Senang, satu tempat sahaja. Pilih, promote, buat duit. Enjoy!

Rancang

Aku rancang tak nak tertumpu untuk satu affiliate network sahaja. Mungkin beberapa affiliate network aku akan masuk. Selain itu, aku juga nak masuk program affiliate yang dibuat secara terus oleh sesetengah pemilik produk/jenama. Daftar terus dengan mereka, tak perlu lalu affiliate network. Untuk ini, adalah juga beberapa produk yang aku dah cari. Nanti aku buat hantaran lain untuk cerita.

Produk

Aku dah fikir dah. Aku nak buat affiliate dengan produk digital sahaja untuk permulaan. Produk digital ni macam laman web, hosting, domain, VPN, games, app dan lain-lain lagilah. Produk yang tak ada bentuk fizikal. Boleh dimuat-turun sahaja, atau guna platform elektronik untuk beroperasi.

Produk digital ni senang, sebab tak payah pening kepala nak buat pembungkusan, penghantaran, simpan stok, nak handle refund dan lain-lain lagilah masalah yang berkaitan produk fizikal. Digital, benda boleh duplicate banyak-banyak dan muat-turun jer.

Hantaran-hantaran dalam blog aku ni pon kira produk digital juga. Ini dah kira aku punya aset digital. Yang best-nya, masa aku godeh-godeh WordPress ni, aku jumpa satu feature yang menarik yang boleh aku gunakan pada aset digital aku.

Apa dia feature tu?

WordPress memang dibuat untuk blogger yang nak monetize-kan blog diorang. Pada WordPress, ada feature yang mana aku boleh buat premium content. Maksudnya, ada kandungan yang aku boleh tetapkan untuk minta pembaca blog langgan dulu sebelum dapat masuk/baca.

Kalau engkau yakin blog aku ni bagus dan bermanfaaat, engkau langganlah aku punya premium content. Aku caj USD10/tahun jer. hahaha… murah kan?


Langgan Premium Content

Langganan Tahunan USD10/tahun.


Fokus

Sampai saat ini, aku dah mula melangkah setapak demi setapak. Affiliate network, digital asset, premium content dan yada yada yada. Sekarang aku nak fokus untuk benda-benda ni. Nak monetize!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s