10 Sebab MESTI Jadi Ahli KoPPIM

KoPPIM adalah pelabur strategik dalam Malakat Mall. Malakat Mall adalah pasar mesra Muslim dan dibina sebagai teras kepada membina ekosistem ekonomi baru bagi Muslim. Mereka memerlukan sokongan kita dan ini adalah 10 sebab kenapa engkau MESTI memberikan sokongan.

1. Sokong BMF.

Tak semua orang Islam sokong BMF pon sebenarnya. Mungkin mereka salah faham atau tak ambil kisah atau aku pon tak tahu nak kata apa. Tapi KoPPIM memang dibina untuk menguatkan ekonomi Muslim dan supaya dapat memecah monopoli dan manipulasi orang kapir. Jadi, apa salahnya untuk beri sokongan. Untuk kebaikan orang Islam juga. Kan?

2. Ekosistem Ekonomi Sendiri.

Untuk membina ekosistem ekonomi ini memerlukan dana yang besar. Kita tak ada modal yang besar, jaringan perniagaan yang ramai dan 1001 lagi kekangan. Kalau sudah ada orang Islam yang hendak menggerakkan satu perubahan kepada ekonomi orang Islam, kenapa tak sokong? Jadi sokonglah, orang Islam sudah banyak tertinggal dalam bab ekonomi. Nak tak nak, kalau nak berjaya perlu bersama. Kalau bukan kita yang sokong dan bantu, siapa lagi?

3. Ada Dividen

KoPPIM menawarkan untuk memberikan bayaran dividen yang tinggi kepada ahlinya. 8%-15%. Samaada boleh atau tak KoPPIM laksanakan perkara ini, aku pun agak musykil sebenarnya. Tapi, aku tetap sokong dan beri dulu peluang kepada KoPPIM untuk membuktikan keupayaannya.

4. Buat Jenama Sendiri.

Sekadar beberapa jenama yang aku ingat; DIY Malaya, Himawari, Tahan Sports, Bunch Oh, Conteng, CasaDeMadani dan beberapa lagi. Semua jenama ini dibawah Malakat Mall. Sekarang mungkin mereka tak terkenal, kita tak tahu 10-20 tahun lagi? Tapi, kalau hari ini mereka tak ada sokongan, mungkin mereka akan pupus 10-20 tahun lagi. Untuk elak perkara itu, beri mereka sokongan. Jadi ahli KoPPIM. Betul tak?

5. Tolong Peniaga kecil Berniaga Di Mall.

Ini pon satu idea yang sangat baek. Aku tak tahu bagaimana sambutan daripada peniaga kecil dan penjaja dijalanan. Aku harap mereka sambut pertolongan ini. Apa yang aku tahu, untuk berniaga di Malakat Mall, peniaga tidak dikenakan bayaran sewa tetapi Malakat Mall mengamalkan konsep berkongsi keuntungan. Jadi kalau ramai-ramai berniaga di Malakat Mall, meriahlahkan dan semakin ramai pelanggan akan datang. Semua orang gembira dan untung! KoPPIM pula akan ada lebih banyak pilihan untuk melaburkan dana.

6. Pelaburan Jangka Masa Panjang Yang Nampak Menguntungkan.

Aku anggap menjadi ahli KoPPIM ini seperti menjadi angel investor untuk IPO. Kalau IPO berjaya aku untunglah, kalau tak berjaya, aku rugilah. Yang penting bukan untung-rugi tersebut, tetapi berani ambil risiko dulu adalah perkara utama. Cuba perhatikan, baca dan kaji jenama-jenama yang berjaya diapungkan di pasaran saham. Bukankah angel investor yang untung banyak? Tapi, dalam bab KoPPIM ini tidaklah sama sebiji, aku cuma mengambil inspirasi sahaja.

7. Perjuangkan No Riba.

KoPPIM juga memperjuangkan untuk membebaskan ummah dari cengkaman riba. Aku sokong. Benda yang bagus. Perhatikan dalam hidup kita seharian, bukankah kita ditindas tetapi kita tidak menyedarinya. Kita sudah lali, terbiasa. Jadi, kita sudah tidak merasa apa-apa. Yang kaya terus bertambah kaya, tak mahu bersedekah. Nak terus menyimpan dan tambah simpanan. Yang miskin, gaji tak naik-naik atau susah nak naik, harga barang semakin mahal pula. Nak beli rumah dan kereta, perlu berhutang, bayar ansuran. Siapa yang beri hutang/ansuran tersebut? orang kayalah [bank]. Mereka kenakan pula bunya [riba]. Cuba engkau bayangkan, andai orang kaya tersebut, sedekah atau sumbangkan harta/wang simpanan [juta-bilion] mereka kepada orang miskin. Bukankah hidup si miskin boleh bertambah baek dan tidak tertekan? Orang kaya makan 3 pinggan nasi, orang miskin pon makan 3 pinggan nasi. Tetapi kenapa orang kaya perlu simpanan beras sampai bertan-tan untuk diri mereka sendiri? sebab tamak dunia. Kalau engkau nak beri sokongan, pergi ke sini [https://noriba.io/].

8. Ada Affiliate.

Sebab kelapan engkau mesti jadi ahli KoPPIM ialah adanya program affiliate untuk ahli mengajak orang lain menjadi ahli dan boleh menjana sedikit duit tambahan. KoPPIM perlukan ahli/sokongan. Jadi, program affiliate ini dapat memberikan motivasi untuk ahli mempromosikan KoPPIM. Kalau engkau nak jadi ahli KoPPIM ini link affiliate aku [Daftar]. ✅

9. Pengasas Ada Pengalaman.

Pengasas Malakat Mall ini mempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan. Beliau mempunyai rangkaian sekolah Brainy Bunch. Jadi, aku yakinlah dengan idea membina ekosistem ekonomi beliau. Beliau bukan macam sesetengah orang yang dakwa diri guru/sifu/master/doktor dalam perniagaan, tapi berniaga pon tak pernah. Jadi aku sokong! Beri masa 10-20 tahun, kita tengok hasilnya nanti. KoPPIM pula menjadi pelabur kepada Malakat Mall, menjadi ahli KoPPIM adalah menjadi pemilik Malakat Mall. Engkau ada ke mall sendiri? Nak ada mall sendiri, jadi ahli KoPPIM. Senang!

10. Burung Hud Hud Nak Padam Api Bakar Nabi Ibrahim

Andai ditanya nanti, apakah yang aku sudah buat untuk mengubah nasib orang Islam dalam ekonomi? Sekurang-kurangnya bolehlah aku jawab, aku sokong KoPPIM. Walaupun tak banyak aku letak dalam akaun KoPPIM, sokongan tetap sokongan kan? Satu undi tetap dikira undi, tak gitu? Jadilah seperti burung Hud-Hud.

Okay, Itulah sahaja sebab-sebabnya yang aku dapat kongsikan. Kalau engkau ada sebab-sebab lain, komen di bawah. tata.. titi… tutu… 😁

Jadilah ahli KoPPIM hari ini. Guna link aku untuk [Daftar]. heee…

2 thoughts on “10 Sebab MESTI Jadi Ahli KoPPIM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s